20110723

Mati Sekejap

Mati sekejap itu merupakan impian para homosapien yang kelelahan dari rutin seharian. Tidur. Tapi aku masih punya mata yang masih mahu ingin menelaah setiap bait yang tertaip di laman sesawang. Mati sekejap dengan ilusi yang mengejar diri mencari kepingan-kepingan jigsaw yang sudah hilang daripada sebuah gambar lama, iaitu pengertian kepada kehidupan. Tuhan, jangan ketawakan aku yang sedang merangkak daripada sadungan akar-makar yang berselirat mengait kaki.