Aku tidur dalam keadaan berjaga, dan berjaga dalam keadaan tidur, meraba-raba erti kehidupan dan kelahiran sendiri. Aku banyak melihat kedatangan dan pemergian, yang aku tanamkan di dalam lubuk apendiks pemikiran. Yang nyatanya, aku tetap merasa segala perasaan itu ada, tetapi watak-wataknya halimunan.
Para homosapien kadang-kadang takut mahu merapati seseorang, kerana takut akan kehilangan lagi. Ya, lagi. Tapi, aku terkecuali, siapa-siapa pun boleh mendekati aku, tapi orang yang harus takuti aku untuk dirapati, kerana aku punya daya sensitiviti untuk tidak tersentuh jiwa mereka dengan kedinginan sangat tinggi. Mungkin itu juga jadi punca kegagalan semua perhubungan aku yang sebelumnya.
Kerana aku tiada empati dan simpati yang sepatutnya wujud. Di mana semuanya hanya rekaan untuk memperlihatkan perasaan yang sepatutnya wujud. Emansipasi otak yang mendiskriminasikan perasaan sendiri dan orang lain dan bergantung pada logik dan keseronokan membuat kerosakan memang merosakkan sosialiti sendiri.
Sehingga aku ingin tidur, dalam berjaga, dan dalam berjaga aku ingin tidur. Apabila muncul saat mahu celikkan mata, aku mahu melihat setiap penjuru skrin pemikiran aku kosong. Suci. Walau, pada hakikatnya, segalanya bermain di skrin dan bergerak-gerak. Segalanya dalam masa yang serentak. Aku rindukan tidur yang panjang. Tidur yang tidak pernah ada.