Imbasan masa lepas berlayar di minda tiap-tiap kali 1 Jun menampakkan dirinya di dalam hidup aku di mana pesta mabuk-mabuk para kenalan yang suka suakan pada aku. Mereka bermabukan meneguk tuak dan jenis minuman beralkohol yang lainnya sambil lidah aku menghadamnya sebagai air biasa.
Mereka berselerakan di lantai kemabukan tahap luar sedar, sedang aku meneguknya untuk beberapa tin yang berikutnya dalam keadaan yang masih waras. Tuak itu manis rasanya kalau pandai dibikin. Kiranya bagi aku, itu paling berkualiti yang pernah dirasai oleh lidah. Beer cuma tahap picisan saja. Chivas, antara salah satu jenama yang aku hirup tatkala bertandang di sebuah bar. Harga sebotolnya mencecah puluhan, boleh tahan rasanya, masam-masam, pahit-pahit, kelat-kelat, dan kemanisan yang terselindung daripada ketiga-tiga rasa tadi menjadikannya antara salah satu jenama arak yang menepati rasa lidahku.
Itu, 1 Jun yang dulu-dulu, sekarang aku hanya bersenggama menikmati aksara penulisan orang lain dalam mengisi sisa-sisa hidup aku yang tersisa. Mahu cuba minum? Belajar cuba untuk menikmati sesuatu perkara dengan sederhana, mungkin, apabila sudah biasa lidah menjamah titisan alkohol manis ini, takut nanti lupa untuk meninggalkannya dan menjadi lebih ketagih. Aku tidak, kerana aku ni cumanya sederhana.